top of page

Langkah 1 (4): Solar system PV off-grid (island) system design

Updated: Nov 29, 2020

Langkah pertama untuk bina off-grid solar system

Langkah 1: Kira penggunaan tenaga elektrik yang anda perlukan

Sebelum itu, apakah unit yang diperlukan dalam pengiraan ini?

  1. Power = Kuasa [Watts or [W]]

  2. Current = Arus [Ampere or amperage or [A]],

  3. Voltage = Voltan [Voltage or V]

  4. Energy = Tenaga [Watt-hours or [W-hr] or [W-h]]

Apakah formula elektrik yang kita perlukan? Senang. Hanya perlu tahu 2 formula.

1: Kuasa (Power):

Power = Current [A] x Voltage [V] = I x V [unit W]

2: Tenaga (Energy):

Energy = Power[W] x hours[hr] = [W-hr]


Satu lagi, selalunya unit tenaga dalam kW-hr atau MW-hr. Apakah k and M?

k = kilo = 1,000; M = Mega = 1,000,000

Jika ditulis Energy = 2kW-hr, maksudnya 2 x 1,000 = 2,000 W-hr

Jika ditulis Energy = 2MW-hr, maksudnya 2 x 1,000,000 = 2,000,000 W-hr.

Jom kira berapa jumlah tenaga yang anda perlukan dalam masa satu hari? Ikut 3 langkah ini sahaja:


  1. Survey semua perkakas elektrik dalam rumah anda and tengok masa (jam) penggunaan dalam sehari.

  2. Catit/kira banyak kuasa elektrik diperlukan untuk setiap perkakas elektrik (Power = [W]). Cari label power rating di perkakas elektrik atau plug elektrik. Label power rating selalunya akan beri info antara dua

    1. Kuasa (Power), atau

    2. Arus (Current). Kalau hanya arus diberikan, sila gunakan formula P = I x V (V=240V), untuk kira kuasa yang diperlukan.

  3. Kira tenaga (Energy [W-hr] = Power[W] x hours[hr]). Senang buat table. Tengok table dibawah.

Bagaimana TNB caj penggunaan elektrik anda, klik disini: Nak pasang solar? Audit penggunaan elektrik TNB anda dahulu

Kira jumlah tenaga elektrik
Kira penggunaan tenaga elektrik

Sekarang anda sudah dapat jumlah tenaga yang anda gunakan dalam masa satu hari.


Jumpa lagi di langkah ke dua: Pengiraan batteri.


Tips for the day 1: jumlah tenaga yang anda sudah kirakan ini hanya berdasarkan penggunaan elektrik anda sahaja tetapi tidak termasuk losses. Dimana ada alat elektrik, disitu ada losses. Jumlah tenaga yang anda kirakan ini kena ditambah dgn nilai losses daripada daripada solar panel, inverter, battery dan juga kepanjangan and jenis wire.


Tips for the day 2: Analisa pecahan penggunaan elektrik anda. Tengok perkakas mana yang makan elektrik. Re-visit perkakas tersebut. Yang mana tak perlu pakai tutup switch. Kalau balik bercuti kampung, unplug. Kalau pergi kerja takde orang kat rumah. Tutup switch yang tak diperlukan contohnya wifi router, TV, radio. Those little thing counts.


Tips for the day 3: Challenge yourself to reduce your electricity usage. Then only, you decide the sizing of your solar system that you truly need or if you actually do need one.



2,363 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page