Disclaimer = Nombor yang digunakan hanya untuk contoh pengiraan pada sesi ini. Disini sila fokuskan cara pengiraan dan formula yang digunakan.
Daripada Langkah 1: Anda sudah mengira jumlah tenaga sehari = 4,919W /hari atau 4.919kW/hari.
1. Pilih sistem bateri yang anda hendak guna: Saya pilih 24V.
2. Kira jumlah kapasiti bateri = Jumlah tenaga sehari/sistem bateri = 4,919 W/24V = 205 Ahr
3. Anda tentukan berapa hari tanpa cahaya matahari: Saya pilih 3 hari (nota 1)
4. Tentukan berapa depth of discharge battery anda = Saya pilih 0.8 (nota 2)
5. Kira berapa bateri diperlukan berdasarkan DOD = Jumlah tenaga sehari/DOD = 4,919/0.8 = 256 A.hr
6. Kira berapa bateri diperlukan berdasarkan hari tanpa cahaya matahari = 256 x 3 = 768 W
7. Tentukan jenis bateri anda (berdasarkan dari kilang atau supplier anda). Saya pilih = 478AH, 12V
8. Kira berapa bateri dipasang selari = 768 / 478 = 1.6. bundarkan nombor. 2 biji bateri
9. Kira berapa bateri dipasang bersiri = 24V/12V = 2 biji bateri
Ringkasan: Untuk penggunaan tenaga anda 4,919W sehari dengan sistem bateri 24V, menggunakan bateri pilihan 478AH, 12V dan 3 hari tanpa cahaya matahari (mendung/hujan/jerebu). Anda perlu beli 4 biji bateri, 2 disambung bersiri dan 2 disambung selari.
Langkah ke 3 cara pengiraan berapa solar panel yang anda perlukan. Jumpa lagi.
Nota 1: Seperti yang anda ketahui cuaca di Malaysia- hujan, mendung dan kadangkala jerebu. Ini semua akan menjadi faktor cahaya matahari terhalang daripada memasuki solar panel, dan mengurangkan penjanaan elektrik dari solar panel. Oleh itu , kita perlukan tentukan berapa hari kita perlu tambah penggunaan bateri, andaikata solar panel kita tidak dapat menjanakan elektrik.
Nota 2: DOD atau Depth of discharge ialah berapa banyak caj bateri telah digunakan (discharge) berdasarkan jumlah kapasiti batteri. Contoh bateri yang penuh (fully charge) ialah 100%. Andaikata bateri anda boleh menyimpan sebanyak 5.7kWhr, dan anda telah menggunakan 4kWhr. Maksudnya, DOD anda ialah 70%.
Tips of the day, bateri yang anda beli tidak boleh digunakan sampai habis. Lagi banyak anda guna, lagi cepat bateri rosak atau langsung tidak boleh digunakan dan anda terpaksa membeli bateri yang baru. Ini akan menambahkan kos sistem solar anda. Untuk memastikan bateri anda tahan lama, guna dengan minimum tapi kapasiti bateri yang lebih.
Comentarios