top of page

Nak pasang solar? Audit penggunaan elektrik anda dahulu

Kepada yang berminat untuk mengurangkan bil elektrik TNB dan mahu memasang sistem solar. Pertama sekali syarikat solar atau perunding solar akan meminta bil TNB anda. Ini membolehkan mereka untuk mengira berapa besar saiz sistem solar yang anda perlukan dan seterusnya mereka akan memberi sebut harga dan ROI.

Anda perlu tahu, lagi besar bil elektrik TNB anda lagi besarlah sistem solar yang anda perlukan, lagi besar duit yang anda keluarkan, lagi besar loan bank yang anda kena ambil, lagi besar solar maintenance yang anda perlukan.


Saya menyarankan, sebelum anda membazir duit membeli sistem solar yang anda sebenarnya mungkin tak perlu:- Perkara pertama yang anda perlu buat ialah audit penggunaan elektrik anda, fahami berapa banyak elektrik yang anda gunakan dan kurangkan penggunaan elektrik anda. Setelah anda mengurangkan penggunaan elektrik anda, baru anda boleh kira berapa saiz sistem solar yang anda perlu.


Penggunaan bulanan bil elektrik TNB - blok tariff

Bagaimana caranya untuk audit penggunaan elektrik anda?

Paling senang, gunakan Apps TNB. Kemudahan sudah disediakan. Kita guna sahaja. Percuma pula tu dan grafnya pun memang dah cantik. Gambar menunjukkan penggunaan elektrik bulanan daripada apps TNB. Jadual menunjukkan harga bil elektrik berdasarkan penggunaan blok (www.tnb.com.my [20hb 7, 2020]). Bila anda lihat di blok tariff, setiap blok tariff yang pertama, kedua, ketiga, ke-empat, ke-lima harga elektrik akan menaik sedikit demi sedikit daripada 22 sen/kWhr 33 sen/kWhr, 51 sen/kWhr, 55sen/kWhr dan 57sen/kWhr. Andaikata anda dapat mengurangkan penggunaan bil elektrik anda ke blok yang terawal, anda akan dapat “discounted” harga elektrik daripada TNB.


Harga elektrik TNB

Saya amat mengesyorkan supaya anda monitor penggunaan elektrik melalui graf Apps TNB. Ia dapat membantu anda melihat penambahan atau pengurangan penggunaan elektrik. Lagi kurang blok digunakan, lagi jimat bil elektrik. Pantau penggunaan elektrik anda yang telah dikurangkan tersebut untuk beberapa bulan, kalau boleh pantau untuk setahun atau sehingga anda dapat satu graf yang stabil melalui Apps TNB tersebut. Berdasarkan kejayaan anda mengurangkan dan menstabilkan penggunaan elektrik, barulah anda boleh merujuk semula kepada syarikat pemasangan solar / perunding solar untuk merekabentuk sistem solar anda berdasarkan saiz penggunaan yang kecil.


Tidak perlu terburu-buru untuk memasang sistem solar, jika anda tidak dapat mengurangkan pengunaan elektrik di rumah anda. Anda perlu bijak sebelum memasang sistem solar kerana anda tidak akan rugi jika tidak memasang sistem solar sekarang kerana seiring dengan berlalunya masa, teknologi solar akan bertambah baik dan lebih murah.


Be smart, know your solar, save more money.

Tips of the day, Penjimatan duit yang terbaik ialah: reduce-reduce-reduce


354 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page