Cara kira solar panel dan bateri untuk offgrid atau stand alone sistem solar



Langkah 1: Kira tenaga

1. Kira jumlah tenaga elektrik yang diperlukan dalam masa 1 hari. Jumlah tenaga sehari = 4,919 W.hr/day. Klik untuk lanjutan langkah 2 (Kira jumlah tenaga untuk memboleh kan kita mengira berapa solar panel dan bateri yang diperlukan)


Langkah 2: Kira sistem bateri

2.1. Pilihan anda: 12V, 24V, 48V. Saya pilih 24 V.

2.2. Kira jumlah kapasiti bateri = Jumlah tenaga sehari/sistem bateri = 4,919 W/24V = 205 Ahr

2.3. Kira berapa bateri diperlukan berdasarkan DOD = Jumlah tenaga sehari/DOD = 4,919/0.8 = 256 A.hr . Tentukan berapa depth of discharge battery anda = Saya pilih 0.8.

2.4. Kira berapa bateri diperlukan berdasarkan hari tanpa cahaya matahari = 256 x 3 = 768 W . Anda tentukan berapa hari tanpa cahaya matahari: Saya pilih 3 hari

2.5. Tentukan jenis bateri anda. Saya pilih = 478AH, 12V

2.6. Kira berapa bateri dipasang selari = 768 / 478 = 1.6. bundarkan nombor. 2 biji bateri

2.7. Kira berapa bateri dipasang bersiri = 24V/12V = 2 biji bateri

Rumusan kira bateri: Anda perlu beli 4 biji bateri, 2 disambung bersiri dan 2 disambung selari. Klik untuk details langkah kira sistem bateri Klik untuk lanjutan langkah 2 (Kira bateri untuk penggunaan solar offgrid)


Langkah 3: Kira solar panel

3. Cara kira solar panel

3.1. Kira tenaga diperlukan 4,919 W.hr/day x 0.85 = 5,787 Wh/day

3.2. Kira Vmpp = 54.7 V x 0.85 = 46.5 V

3.3. Kira kuasa panel = 327 W x .90 = 294.3 W

3.4. Kira tenaga sehari = 294.3 W x 5 hr = 1472 W.hr

3.5. Kira jumlah tenaga solar panel yang diperlukan = 1,472 x reality check #5 = 1177 Watt -hr

3.6. Kira berapa panel diperlukan = 5,787/1,177 = 4.9 ~bundarkan ke 5 panel. Anda perlu 5 panel.

3.7. Sekarang kira bagaimana hendak susunkan solar panel (selari atau bersiri).

3.7.1. Untuk bersiri = 24/46.5 = 0.5 ~ 1 panel.

3.7.2. Untuk selari = 5/1 = 5 panel.

Rumusan kira solar panel : Anda memerlukan 5 solar panel. 5 panel itu perlu disambungkan selari. Klik untuk lanjutan langkah 3 (Kira solar panel)

284 views0 comments