Apakah fungsi garisan halus dan kasar di solar panel anda?


Open surgery solar panel

Garisan halus ini dikenali sebagai solar cell finger, manakala garisan kasar ialah solar cell bus bar yang diperbuat daripada Aluminum (metal). Apabila solar cell menerima cahaya matahari, elektron akan terhasil dan bila elektron bergerak memasuki solar cell finger dan bus bar ia akan menjadi arus terus elektrik or known as DC. Fungsi asas fingers dan bus bar ini adalah untuk mengumpul dan menerima elektron sebanyak yang mungkin supaya lebih banyak arus terus elektrik terhasil.


Solar cell terima cahaya matahari -->elektron terhasil --> finger/bus bar mengumpul semua elektron --> arus terus elektrik (DC) terhasil --> kumulatif arus terus elektrik (DC) boleh gunakan


Jika sebahagian daripada solar cell anda terlindung daripada cahaya matahari -->elektron tidak akan terhasil --> finger/bus bar tidak dapat mengumpul elektron -->kurang arus terus --> kurang power solar panel anda.


Inilah fungsi garisan halus/kasar di solar panel anda, supaya ia boleh menerima elektron untuk menghasilkan arus terus elektrik.


Tips for the day, pastikan solar cell/solar panel tidak terhalang oleh bayang-bayang pokok/bangunan dan seangkatan dengannya.

143 views

Copyright © 2018 Othman & Partners, LLP. All rights reserved.  Email:info@othmanpartners.com