Peranan Solar Installer dan Competent Person sangat berat di dalam solar installation.

Updated: 4 days ago

To homeowner, know your rights.


Siapakah “Solar Installer” (SI)? Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab mereka (design) memasang (constructing) dan menyambungkan (commissioning & testing) sistem solar di rumah anda sebelum anda mempunyai hubungan kontrak dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi program Net Energy Metering (NEM) yang hangat dipromosikan ketika ini.


Adalah menjadi tanggungjawab home owner untuk membuat survey (tinjauan) atau kajian serta perbandingan produk-produk yang terlibat dalam pemasangan sistem solar. Jika anda keliru, dapatkan spesifikasi produk-produk tersebut daripada SI dan bandingkan produk yang mereka akan pakai dalam pemasangan sistem solar anda dengan syarikat SI yang lain. Setiap SI akan menggunakan solar panel yang berbeza. Anda perlu tahu spesifikasi solar panel yang terkini yang berkualiti serta sesuai dengan jenis atap, cuaca dan keadaan sekitar rumah anda. Ini kerana setiap environment memainkan peranan yang penting kepada prestasi solar panel anda. Kualiti produk juga memainkan peranan harga yang akan diberi oleh SI. Sekiranya harga yang diberi adalah sangat murah, percayalah ada yang tidak kena di situ.



Adalah menjadi tanggungjawab tersirat (implied obligation) ke atas SI untuk mengajar home owner tentang operasi asas dan penyelenggaraan sistem solar yang selamat kepada home owner setelah pemasangan sistem solar dibuat. Adalah lebih baik jika SI memberi manual atau troubleshoot manual kepada home owner bagaimana cara untuk mengendalikan sistem solar tersebut jika terdapat kerosakan teknikal serta cara-cara menyelenggara yang mudah untuk sistem solar tersebut. SI juga wajib menyediakan warning labels di sekitar premis pemasangan sebagai notis kepada orang awam akan kewujudan sistem solar.


(Klik disini: Nak Tuntut Waranti Sistem Solar / Solar Panel Dengan Siapa?)


Jika berlaku kerosakan terhadap sistem solar anda. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah ambil gambar kerosakan setiap alatan yang terlibat. Sebagai contoh solar panel anda ditimpa buah kelapa dan pecah dan sistem solar anda tergendala. Sila hubungi SI anda dengan segera. Mereka perlu memberi respon dengan segera dan menyelesaikan isu anda atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko berlaku renjatan elektrik atau kebakaran. Dapatkan jawapan daripada SI dan cara menyelesaikan masalah anda. Isu yang pertama adalah berkenaan waranti. Pastikan solar panel anda mempunyai waranti dan waranti ini perlu dimaklumkan oleh SI sebelum anda melantik SI. Pastikan anda mempunyai kontrak pemasangan dengan SI yang akan cover kerosakan akibat pemasangan yang tidak betul, kerosakan peralatan serta kerosakan lain akibat kecuaian pemasangan SI dan juga produk waranti. Anda juga perlu tahu siapa competent person yang meluluskan drawings, plan dan spesifikasi sistem solar anda kerana mereka adalah individu yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi kerana meluluskan sistem solar anda. Mereka juga adalah individu yang akan dipanggil ke Mahkamah jika kes dibawa ke Mahkamah kelak.


Ini adalah sedikit sebanyak cerita berkenaan SI yang mana pada dasarnya mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasangan sistem solar anda. Mereka merupakan orang tengah di antara pengilang solar panel, pengilang bateri, pengilang inverter, cable dll. Mereka adalah pihak yang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kualiti produk dan cara pemasangan dan home owner relied on SI upon payment of quite a lot of money.


Sekiranya SI memberi maklumat serta waranti yang tidak betul kepada home owner, mereka telah melakukan satu representasi yang salah (misrepresentation) terhadap produk yang dijual dan ini membolehkan mereka disaman kerana misrepresentation.

Oleh yang demikian, amatlah disarankan supaya anda sebagai home owner mengetahui hak anda sebagai pengguna dan dengan siapa anda berurusan supaya apa-apa masalah yang timbul kelak akan dapat diselesaikan tanpa perlu dibawa ke mahkamah akibat kecuaian mana-mana pihak.

124 views

Copyright © 2018 Othman & Partners, LLP. All rights reserved.  Email:info@othmanpartners.com