top of page

Bagaimana solar cell anda disambung?


Kita biasa melihat solar panel, dimana dibahagian hadapan solar panel ialah gelas manakala dibelakang solar panel pula adalah lampiran (backsheet) berwarna putih. Ada juga solar panel jenis lain dimana depan belakang solar panel ialah gelas. Di setiap solar panel ini, ada banyak “kotak” kecil. Setiap kotak ini dikenali sebagai solar cell. Gambar menunjukkan rupa bentuk belakang solar cell. Solar cell inilah yang menghasil kan arus elektrik. Voltan setiap kotak (solar cell) adalah kecil, ~0.5V to 0.7V. Setiap solar cell ini akan disambungkan in-series untuk meninggikan voltan. Oleh itu, bila kesemua solar cell ini disambung in-series, voltan keseluruhan akan bertambah besar (20V - 40V). Sambungan solar cell in series inilah yang akan disusun menjadi satu solar panel. Bagaimana solar cell ini disambungkan in-series? Satu metal strip akan dilekatkan untuk menyambungkan solar cell #1 ke solar cell #2, dari terminal positive solar cell #1 ke negative terminal solar cell #2. Kalau anda amati solar panel anda, fokuskan pada solar cell anda, anda akan nampak metal strip ini berbukit sedikit sebab dia dilekatkan di atas solar cell, kemudian menyusup masuk kebawah solar cell sebelahnya. Process ini dipanggil “tabbing”. Gambar atas menunjukkan metal strip penghubung terminal positive ke negative solar cell. Tips of the day, bila besi berjumpa air/moisture, besi akan karat. Dengan kelembapan cuaca di Malaysia yang setinggi 88%, mositure boleh meresap masuk ke dalam solar panel dan membuatkan besi ini berkarat, kemudiannya menurunkan prestasi solar sistem anda.

  • Andaikata anda ingin membeli secondhand solar panel, lihat metal line ini, tengok sekiranya ia berkarat atau tidak.

  • Jika prestasi sistem solar anda mengurang, tengokkan juga jika ada karat di solar panel anda.



102 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page