top of page
Writer's pictureMaslina Othman

Apakah fungsi kotak hitam dibelakang solar panel anda?


What's inside solar PV junction b ox
Inside solar junction box

Di belakang solar panel anda, ada satu kotak hitam atau lebih dikenali sebagai junction box. Bila dibuka kotak hitam ini, anda akan nampak diod, dimana tugas diod membenarkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja (ie: arus elektrik hanya mengalir dari solar panel ke luar solar panel, bukan masuk ke dalam).

Komponen diod dalam junction box ini penting, sebab bila cuaca mendung atau tiada matahari, kita tidak mahu arus elektrik berpatah balik ke dalam solar panel. Jika ini terjadi ia boleh merosakkan solar panel anda.

Secara amnya di dalam junction box ada dua peranan yang penting:

1) Pastikan arus elektrik mengalir satu arah, supaya solar panel anda tak rosak; dan

2) Sebagai elektrik contact untuk sambung antara satu solar panel dengan solar panel yang lain.

Tanpa kotak hitam:

kalau cuaca mendung --> arus elektrik akan berpatah balik ke solar panel --> solar panel akan rosak.


Dengan kotak hitam (good quality):

kalau cuaca mendung --> arus elektrik tak boleh patah balik ke solar panel --> solar panel tak rosak.

Different type of solar photovoltaics junction box
Solar PV junction box

Kepada yang nak membeli dan memborong solar panel dari luar negara, jangan hanya memandang berat kepada jenis solar panel apa (mono vs poly vs thin film), jengah2 lah juga kualiti kotak hitam yang mereka gunakan supaya solar panel yang anda borong itu selamat sejahtera dan tahan lama.



477 views0 comments

Kommentarer


bottom of page